SANDAKAN: Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 129 kes jenayah penipuan pada tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lepas.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, berkata, sehingga 19 Julai tahun ini, sebanyak 800 kes penipuan dilaporkan berlaku di seluruh Sabah.
"Mangsa yang terlibat dalam kes ini melibatkan pelbagai latar dan umur dan latar," jelasnya.
"Dalam hal ini, PDRM Sabah bersama pelbagai pihak termasuk Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meneruskan usaha mengadakan pelbagai program kesedaran berkenaan penipuan atau scammer ini kepada masyarakat, " tambahnya.