Sun, 26 Jan 2025
Headlines:
Sabah FC II perlu bangkit segera
Published on: Saturday, July 20, 2024
Published on: Sat, Jul 20, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Sabah FC II perlu bangkit segera
ALTO ketika di padang latihan di Selangor pada Jumaat.
Kota Kinabalu: Sabah FC II perlu bangkit dengan segera bagi mengelak daripada dilabel sebagai ‘pasukan belasahan’ MFL susulan kekalahan 0-6 kepada Selangor PKNS FC di Stadium UiTM Rabu lalu.

Ketua jurulatih yang baru dilantik, Alto Linus yang hanya mempunyai beberapa hari untuk mempersiapkan pasukan menghadapi perlawanan Selangor selepas menggantikan Johnny Dominicus minggu lepas, berkata seluruh pasukan perlu bekerja lebih keras untuk memastikan mereka boleh memperoleh keputusan positif dalam perlawanan akan datang.

Advertisement
“Ada banyak kerja rumah yang perlu dilakukan untuk memastikan Sabah FC II dapat bangkit dengan cepat berikutan kekalahan berturut-turut sejak permulaan musim.

“Kami juga telah melepaskan sejumlah besar gol dan fokus utama saya sekarang sudah tentu untuk mengenal pasti dan memperbetulkan kelemahan dalam pasukan, dan pada masa sama saya akan cuba menjadikannya lebih teratur berdasarkan taktik yang diterapkan.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
“Sabah FC II perlu bersikap positif. Kami mempunyai banyak potensi, tetapi untuk mencapainya, semua pemain perlu bekerja keras dan memahami apa objektif pasukan,” katanya.

Sabah FC II kini berada di tangga tercorot dalam liga sebagai satu-satunya pasukan tanpa sebarang mata selepas tewas semua lima perlawanan pembukaan mereka.

Advertisement
Mereka hanya berjaya menjaringkan empat gol tetapi bolos 21, sedangkan pasukan yang berada satu tangga di atas mereka hanya melepaskan sembilan gol.

Pasukan kendalian Johnny itu membuka tirai saingan dengan kekalahan 1-2 di laman sendiri kepada Sri Pahang FC II diikuti 1-7 di tempat lawan dibelasah PDRM FC, satu lagi kekalahan 1-3 di tempat sendiri kepada Perak FC II, kalah 0-3 kepada JDT FC II dan tamparan terbaru 0-6 oleh Selangor PKNS FC.

Advertisement
Aksi seterusnya ialah satu lagi perlawanan di tempat lawan menentang Kuala Lumpur FC pada 23 Julai di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Selangor.

 
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here