Fri, 28 Mar 2025
Headlines:
‘Berusaha ringankan beban rakyat’: Agong titah laksana tanggungjawab dengan jujur dan penuh timbang rasa
Published on: Sunday, July 21, 2024
Published on: Sun, Jul 21, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
‘Berusaha ringankan beban rakyat’: Agong titah laksana tanggungjawab dengan jujur dan penuh timbang rasa
SULTAN Ibrahim berkenan melafazkan Titah Diraja pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara. – fotoBERNAMA
Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Sabtu bertitah akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur, ikhlas dan adil serta penuh timbang rasa kepada semua rakyat jelata.

Titah Seri Paduka Baginda, ia demi menjaga kesejahteraan dan kedaulatan negara.

Advertisement
“Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan ucapan menjunjung kasih kepada Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang telah memberikan kepercayaan dan penghormatan kepada saya untuk memikul amanah dan tugas sebagai ketua negara.

“Insya-Allah, saya akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur dan ikhlas, dan memerintah dengan adil dan saksama serta penuh timbang rasa kepada semua rakyat jelata, demi menjaga kesejahteraan dan kedaulatan negara,” titah Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, Sabtu.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Pada masa sama Sultan Ibrahim menzahirkan harapan agar kerajaan terus berusaha untuk meringankan beban hidup rakyat serta membangunkan negara dengan lebih maju dan makmur.

Sementara itu, Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan di atas keberangkatan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Advertisement
Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa kerana sudi berangkat ke istiadat pertabalan itu, yang menandakan hubungan erat kedua-dua negara.

“Saya juga menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada semua Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan wakil-wakil Baginda yang sudi berangkat di dalam majlis ini. Saya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir di sini dan juga yang mengutuskan ucapan tahniah, serta iringan doa sempena pertabalan saya sebagai Yang di-Pertuan Agong pada hari ini,” titah Sultan Ibrahim.

Advertisement
Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan istiadat pertabalan pada Sabtu, serta semua majlis yang dianjurkan. 

“Akhir kata, marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT, semoga negara Malaysia akan terus maju dan makmur, serta seluruh rakyatnya kekal hidup bersatu-padu, aman sentosa dan bahagia,” titah Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi dan adat raja-raja Melayu di Balairung Seri, Istana Negara pagi Sabtu, yang melakar satu lagi peristiwa bersejarah dan bermakna bagi Malaysia.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan. 

Sementara itu, ucapan tahniah dan ‘Daulat Tuanku’ membanjiri media sosial sempena pertabalan Sultan Ibrahim.

Kata carian ‘Daulat Tuanku’ dan ‘His Majesty Sultan Ibrahim’ juga menjadi topik sohor kini di susur masa  platform X.

Warga siber dari pelbagai latar belakang merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Ibrahim serta turut mendoakan agar Seri Paduka Baginda dapat menjadi payung negara daripada sebarang ancaman termasuk cubaan mengganggu gugat keharmonian sekali gus memacu kejayaan lebih gemilang untuk negara.

Di Facebook, Muhammad Syafiq Hazman menzahirkan keyakinan Sultan Ibrahim dapat memikul tanggungjawab sebagai Ketua Utama Negara dengan lebih baik selain menjadi tonggak kepada kemakmuran negara.

“Semoga Seri Paduka Baginda dapat menjadi tonggak kemakmuran negara serta tunjang pembangunan ekonomi Malaysia. Patik yakin Tuanku dapat pikul tanggungjawab sebagai Ketua Utama Negara dengan baik, Semoga Allah SWT merahmati Tuanku,” katanya.

Di aplikasi X pemilik akaun @BoonHoongg menzahirkan harapan agar Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah diberikan kesihatan yang baik.

Seorang lagi pengguna X @kynaasaiful turut terpesona dengan persalinan Raja Permaisuri Agong ketika istiadat pertabalan. 

"Cantikkk sangattt baju Permaisuri! Love," katanya. 
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here