Fri, 28 Mar 2025
Headlines:
321 kenderaan diperiksa Ops JPJ
Published on: Sunday, July 21, 2024
Published on: Sun, Jul 21, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
321 kenderaan diperiksa Ops JPJ
SEKITAR operasi itu.
TAWAU: Seorang lelaki yang membonceng isterinya yang sarat mengandung lapan bulan bersama anak perempuan mereka, antara yang ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen semasa Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Kuhara, pada Jumaat.

Pasangan muda itu yang diperiksa semasa dalam perjalanan pulang ke Batu 3 selepas bekerja di sebuah restoran di Hilltop, turut mengaku hanya mempunyai dokumen ‘lepa-lepa’ sebagai pengenalan diri, selain motosikal ditunggang tamat cukai jalan.

Advertisement
Pengarah JPJ Negeri Sabah, Mohd Harris Ali berkata, dalam operasi bermula jam 6.45 petang itu, pihaknya memeriksa 321 kenderaan dan mengeluarkan 15 notis saman JPJ kepada pemandu dan penunggang motosikal yang didapati melanggar peraturan.

“Jumlah serahan notis dikeluarkan adalah 19, termasuk tiga notis arah periksa dan satu notis PG1, serta tiada kenderaan disita setakat ini,” katanya yang turut hadir di lapangan semasa operasi disertai 67 pegawai daripada lima jabatan/agensi.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Selain JPJ (40 orang), agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (9) dan mengeluarkan tiga saman, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (8), Jabatan Imigresen Malaysia (8) dengan tangkapan empat orang, serta Jabatan Pendaftaran Negera (2).

Menurutnya,  sasaran operasi itu adalah untuk mengenal pasti kesalahan utama seperti memandu tanpa lesen, melakukan pengubahsuaian tanpa kelulusan, lesen kenderaan motor tamat tempoh dan kenderaan tidak dilindungi insuran.

Advertisement
Dalam pada itu, Mohd Harris berkata, dari Januari hingga Jun tahun ini, pihaknya sudah melaksanakan tiga operasi utama iaitu Ops Tahun Baru Cina, Ops Hari Raya Aidilfitri dan Ops Hari Raya Aidiladha serta merekodkan pengeluaran notis sebanyak 444,243 atas pelbagai kesalahan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 14,671 kesalahan adalah tidak memliki lesen memandu yang dikesan merupakan kesalahan tertinggi, dengan 7,807 pada 2023,” katanya.

Advertisement
Bagi JPJ Tawau, katanya, sebanyak 2,279 kes direkodkan dalam tiga operasi berkenaan atas pelbagai kesalahan, namun 25.32 peratus atau 577 kes kesalahan tertinggi yang direkodkan adalah tidak memiliki lesen memandu kompeten. Tambahnya, bagi kesalahan tiada lesen antara Januari hingga Jun 2023 adalah sebanyak 911, berbanding  981 pada 2024 bagi tempoh sama.

Mengulas lanjut, beliau berkata, meskipun terdapat peningkatan kes kesalahan tiada lesen pada 2024 berbanding 2023, namun melalui aktiviti penguatkuasaan yang dilaksanakan secara berterusan sepanjang 2023 dan 2024, pihaknya berjaya mewujudkan kesedaran tinggi dalam kalangan pemandu di daerah ini.

Tambahnya, pihaknya akan terus melaksanakan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan semua pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan sedia ada, sekali gus dapat mencapai matlamat untuk meningkatkan pematuhan undang-undang dan dapat mengurangkan kes-kes kemalangan jalan raya.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak agar menggunakan aplikasi MyJPJ sebagai platform utama berurusan dengan pihaknya, termasuk aduan, memperbaharui lesen memandu dan lesen kenderaan motor secara dalam talian.

“Secara keseluruhannya, setakat ini jumlah pendaftaram MyJPJ di negara ini adalah  9,823,573 atau 70 peratus daripada 14 juta pemegang lesen memandu, manakala pendaftaran ID advance MyJPJ di Sabah adalah seramai 7,609,”katanya. JPJ menyasarkan 80 peratus pendaftaran MyJPJ di Sabah menjelang akhir tahun ini. 
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here