Sat, 25 Jan 2025
Headlines:
Jambatan gantung Kampung Luagan dalam ‘bahaya’
Published on: Sunday, July 21, 2024
Published on: Sun, Jul 21, 2024
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Jambatan gantung Kampung Luagan dalam ‘bahaya’
POKOK kayu tersangkut di jambatan gantung tersebut.
SIPITANG: Sebuah jambatan gantung di Kampung Luagan berisiko untuk putus dan dihanyutkan oleh kayu balak yang masih tersangkut susulan banjir baru-baru ini, yang boleh menyebabkan laluan penduduk ke pekan itu terputus.

Seorang penduduk di sini, Omar berkata, batang pokok kayu itu tersangkut di jambatan gantung, dan boleh mengakibatkan jambatan tersebut hanyut sekiranya lebih banyak kayu yang tersangkut.

Advertisement
“Penduduk tidak mempunyai jalan alternatif untuk ke bandar, malah menggunakan bot lebih berbahaya kerana arus sungai yang deras.

“Orang ramai bimbang jambatan itu terputus kerana ia penting, terutamanya untuk kanak-kanak sekolah, wanita hamil, dan individu yang sakit, selain mereka yang bekerja di Sipitang,” kata Omar kepada Harian Express.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
Omar berkata situasi ini akan membawa kesukaran khusus kepada wanita hamil yang hendak bersalin dan untuk membawa orang sakit ke hospital, yang memerlukan dua hingga tiga orang untuk menyeberangi jambatan gantung.

Katanya, penduduk tiada pilihan lain selain menggunakan jambatan gantung ini untuk perjalanan harian.

Advertisement
Penduduk mengelak menggunakan jambatan itu ketika banjir kerana bimbang ia akan dihanyutkan, memandangkan tiang jambatan itu turut bergoyang ketika arus deras. 

Justeru, penduduk memohon agar Adun Sindumin Datuk Dr Yusoff Yaacob yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad dan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah membina jambatan konkrit untuk kepentingan penduduk kampung.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here