SANDAKAN: Terminal Bas Sandakan Sentral (TBBS) yang terletak di Batu 3 Sandakan semakin terbiar meskipun baru setahun beroperasi secara rasmi.
Terminal yang menelan kos kira-kira RM34 juta peruntukan kerajaan negeri dan kerajaan pusat itu siap dibina pada 2017, namun hanya dibenarkan beroperasi pada 5 Jun 2023.
Pengguna yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres ke daerah lain seluruh Sabah perlu mendapatkan tiket di kaunter pengusaha syarikat bas ekspres yang berada di dalam bangunan terminal tersebut.
Terminal bas tersebut menjadi hentian utama bagi pengguna bas ekspres di daerah ini.