TAWAU: Cubaan seorang lelaki melakukan jenayah samun dengan mendekati seorang wanita nengenai ‘tayar kereta pancit’, gagal apabila perbuatannya disedari orang awam di Jalan Pelabuhan sekitar jam 10 pagi, Ahad.
Tindakan suspek turut dirakam dalam satu video tular di media sosial yang memaparkan lelaki tersebut cuba menyamun sebuah kereta di tempat letak kereta di lokasi berkenaan.
Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, mangsa berumur 32 tahun, yang turut dicekik suspek, segera membuat laporan polis sejurus kejadian.
Menurutnya, siasatan mendapati mangsa hendak masuk ke dalam keretanya sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali (suspek).
“Suspek dikatakan menegur mangsa dan mengatakan tayar kereta mangsa pancit... Suspek kemudiannya secara tiba-tiba terus mencekik leher mangsa dan cuba untuk mengambil barangan berharga milik mangsa tetapi tidak berjaya lalu melarikan diri,” katanya.
Jasmin berkata siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan samun.
Advertisement
_300_x_250_px_(DE).gif)
Jasmin turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tersebut agar menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Izzul Adha Mohd Razali di 019-7705577.