Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, menyampaikan watikah pelantikan sebagai Presiden Majlis Perbandaran Penampang kepada Francis Chong Yu Shing pada majlis yang diadakan Wisma Innoprise, di sini, pada Isnin.
Beliau akan memulakan perkhidmatan pada 1 Ogos, menurut kenyataan media.
Advertisement
.gif)
Chong, 59, memiliki pengalaman meluas selama 37 tahun dalam sektör perkhidmatan awam. Sebelum menjadi Pegawai Daerah Penampang, beliau pernah memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) di Pejabat Daerah Kudat dan mengetuai daerah kecil sebagai Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong.