Mon, 14 Jul 2025
Headlines:
PKR Sabah intai tambah kerusi
Published on: Tuesday, July 23, 2024
Published on: Tue, Jul 23, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
PKR Sabah intai tambah kerusi
MUSTAPHA (duduk depan, kelima dari kanan) bersama barisan kepimpinan PKR Sabah pada sidang media itu.
Kota Kinabalu: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah akan memastikan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Api-Api dan Inanam kekal ditandingi parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, pada masa sama pihaknya juga bercadang menambah bilangan kerusi ditandingi pada PRN nanti.

Advertisement
Katanya, PKR Sabah juga sudah mengenal pasti beberapa kerusi pilihan seterusnya menganalisa status kekuatan parti di kawasan terbabit sebelum dibawa ke peringkat pimpinan tertinggi.

“Kita akan pertahankan kerusi Inanam dan Api-Api, no question about it..kerana kita tidak mahu hanya dua kerusi (milik PKR) saja dan kita akan pastikan ada tambahan yang kita fikir boleh dijadikan pilihan untuk bertanding (PRN).

SPONSORED CONTENT
Featuring over 100 booths it is one of the largest trade and culture showcases ever held in East Malaysia.
“Secara asasnya kita sudah buat pilihan (kerusi) dan kita sudah lihat sendiri dan menganalisa status kekuatan parti ini (di kerusi pilihan), sekali gus mendokong kerusi PKR sedia ada.

“Kita akan umumkan nanti (kerusi tambahan PKR)..bukan sekarang kerana enggan ada spekulasi,” katanya ketika ditanya jumlah dan lokasi kerusi pilihan PKR Sabah untuk PRN akan datang,” katanya di sidang media PKR Sabah, di sini, Isnin.

Advertisement
Kerusi Api-Api dan Inanam masing-masing dimenangi calon PKR, Datuk Christina Liew dan Peto Galim, yang juga Timbalan Pengerusi MPN PKR Sabah, pada PRN16 lepas.

Ketika ditanya tentang “khabar angin” beliau bakal bertanding pada PRN akan datang, Mustapha yang juga Ketua PKR Cabang Kota Belud dan Ahli Parlimen Sepanggar, menyifatkannya sebagai spekulasi semata-mata.

Advertisement
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi itu bersedia mempertimbangkannya kerana berpendapat kemungkinan ia adalah keinginan ramai pihak yang mahu beliau menjadi Adun.

Mustapha juga tidak menafikan sudah mempunyai kawasan DUN pilihan yang akan ditandingi, namun akan mengumumkannya apabila tiba masanya.

“Semua ini spekulasi, mungkin ramai mahu saya bertanding Adun..saya akan pertimbangkan..ada sudah (DUN pilihan) tapi kita akan umum nanti,” katanya, yang enggan memaklumkan kerusi ditandingi sama ada di kawasan Kota Belud atau Sepanggar.

Ketika ditanya tentang hala tuju kerjasama politik PKR, sama ada dengan Umno Sabah atau pun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN akan datang, Mustapha berkata, belum ada apa-apa keputusan mengenainya setakat ini.

Bagaimanapun, katanya, buat masa sekarang Pakatan Harapan (PH) akan terus menyokong kepimpinan sedia ada bagi memastikan kestabilan di Sabah.

“Wakil-wakil rakyat kita (PH) akan terus menyokong Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Mohd Noor) sehingga habis penggal, selepas itu kita akan berunding..selepas bubar baru tahu di pihak mana kerjasama politik kita,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here