Sun, 23 Mar 2025
Headlines:
RM50,000 setahun untuk Pawe laksana program
Published on: Tuesday, July 23, 2024
Published on: Tue, Jul 23, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
RM50,000 setahun untuk Pawe laksana program
NORAINI (kiri) melihat hasil tangan ahli Pawe Tawau yang mengikuti Kelas Jahitan semasa lawatan itu.
TAWAU: Kerajaan memperuntukkan RM50,000 setahun untuk setiap Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe) di negara ini dalam usaha menggalakkan rakyat berusia 60 tahun dan ke atas kekal sihat dan menjadi produktif.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, ia bagi membolehkan Pawe melaksanakan pelbagai program dan aktiviti di pusat berkenaan.

Advertisement
“Ini juga adalah selaras dengan persiapan Malaysia yang akan menuju negara menua menjelang 2030.

“Kita mahu lebih ramai warga emas dapat menjalankan pelbagai aktiviti untuk membolehkan mereka berinteraksi di antara satu sama lain dan hidup lebih sihat,” katanya.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
Tambah Dr Noraini, Perdana Menteri semasa mengumumkan Belanjawan pada tahun lepas turut menggalakkan agar lebih banyak Pawe ditubuhkan di setiap kawasan Parlimen bagi mencapai matlamat tersebut.

Ketika ini, katanya, terdapat 164 Pawe yang aktif di seluruh Malaysia dan berharap akan lebih banyak pusat seumpama itu dapat ditubuhkan untuk manfaat masyarakat, khususnya golongan warga emas.

Advertisement
Dr. Noraini berkata demikian sempena lawatan rasminya Pawe Tawau, Taman Ria 10 Jalan Utara Baru di sini, pada Isnin.

Hadir sama, Penolong Pengarah Kebajikan Am Bahagian Tawau, Nurul Fadilah Abd Hamid; Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Tawau, Sarina Musa dan Pengerusi Pawe Tawau, Chaya Sulaiman.

Advertisement
Mengulas lanjut, beliau berkata, matlamat penubuhan Pawe adalah untuk menggalakkan golongan emas berkumpul dengan rakan-rakan seusia mereka dan menjalankan pelbagai aktiviti bersama agar hidup lebih gembira, sihat dan produktif.

Pihaknya percaya, penglibatan mereka dengan pelbagai aktiviti dapat membantu mereka mengisi masa terluang di usia emas, sekaligus menjadikan mereka lebih gembira dan kekal sihat serta berfikiran positif.

Ini kerana, katanya, Pawe banyak melaksanakan program sesuai usia, minat dan keperluan mental serta rohani mereka, termasuk aspek penjagaan kesihatan yang turut dititik-beratkan.

Beliau turut memuji Pawe Tawau kerana aktif menjalankan aktiviti-aktiviti bermanfaat untuk hampir 300 ahlinya, setakat ini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here