Mon, 28 Apr 2025
Headlines:
Barisan Nasional akan ambil balik Kerajaan Sabah: MCA
Published on: Tuesday, July 23, 2024
Published on: Tue, Jul 23, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Barisan Nasional akan ambil balik Kerajaan Sabah: MCA
Wee berkata BN Sabah memainkan peranan penting dalam memastikan kepentingan dan hak rakyat Sabah sentiasa terpelihara.
SANDAKAN: Presiden MCA Datuk Seri Ir Wee Kah Siong yakin Barisan Nasional (BN) akan dikembalikan sebagai kerajaan seterusnya untuk mentadbir Sabah.

“Kami telah belajar daripada pengalaman lepas dan sedang merancang strategi lebih holistik dan inklusif untuk kembali memerintah Sabah sebagai kerajaan yang amanah dan berwibawa.

Advertisement
“Strategi kami bukan sahaja tertumpu kepada pilihan raya, tetapi juga kepada transformasi lebih luas dalam penyampaian perkhidmatan awam, pembangunan ekonomi, pemulihan alam sekitar, dan peningkatan kualiti hidup rakyat Sabah.

“Kami berjanji untuk menjadikan Sabah tempat yang lebih baik untuk tinggal, bekerja dan beriadah untuk setiap rakyat Sabah,” katanya pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) Sabah 2024, di sini, pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Beliau berkata BN masih mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan mana-mana lawan yang mahu bersaing dan bertanding pada pilihan raya Negeri akan datang.

“Konvensyen BN Sabah 2024 adalah permulaan baharu untuk kita semua merangka strategi yang lebih baik dan membina hubungan lebih kukuh dengan rakyat.

Advertisement
“Justeru, konvensyen ini seharusnya menjadi medan utama untuk kita bersama-sama merancang agenda parti, dan memperkukuhnya dengan keazaman dan matlamat yang sama untuk mendapatkan mandat rakyat agar BN kembali menjadi kerajaan di Sabah.

“Kita hadir dengan tujuan jelas iaitu mengimbas kembali perjalanan Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia dan merancang masa depan lebih cerah bersama BN sebagai kerajaan pada pilihan raya akan datang,” katanya pada majlis itu di Dewan SMJK Tiong Hua.

Advertisement
Hadir sama Pengerusi BN Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, Setiausaha Agung BN Dato Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi MCA Sabah Datuk Teah Heok Kuin, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup, Setiausaha MIC Sabah S. Chandra Segar, dan Ketua Penerangan Umno Sabah merangkap pengerusi penganjur penganjur Konvensyen BN Sabah, Datuk Suhaimi Nasir.

Wee berkata BN Sabah memainkan peranan penting dalam memastikan kepentingan dan hak rakyat Sabah sentiasa terpelihara.

“BN Sabah berdiri teguh untuk mempertahankan hak ini dan memperjuangkan kepentingan rakyat di peringkat kebangsaan.

“Penubuhan BN Sabah bermula dengan matlamat untuk menyatukan kepelbagaian etnik, bahasa dan budaya di Sabah di bawah satu bendera yang bersatu.

“Kepelbagaian ini bukan satu cabaran, tetapi antara kekuatan utama kami dalam meneruskan misi membawa kemajuan berpanjangan kepada rakyat Sabah,” katanya.

Wee berkata pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak adalah contoh bagaimana BN Sabah berusaha untuk menambah baik infrastruktur dan aksesibiliti.

“Walaupun projek ini berdepan pelbagai cabaran, tentangan dan cemuhan, kami tidak pernah berpatah balik dalam usaha melaksanakan projek ini dengan cemerlang.

“Ini adalah contoh jelas bagaimana BN komited untuk membawa perubahan positif kepada Sabah melalui pembangunan infrastruktur yang mampan,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here