Mon, 16 Sep 2024

HEADLINES :



‘Pelantikan Francis sebagai presiden Majlis Perbandaran Penampang tepat’
Published on: Wednesday, July 24, 2024
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:

‘Pelantikan Francis sebagai presiden Majlis Perbandaran Penampang tepat’
Victor dan Francis
PENAMPANG: Pelantikan Presiden pertama Majlis Perbandaran Penampang (MPP) pertama, Francis Chong Yu Shing tepat pada masanya dan sesuai untuk memajukan lagi daerah ini ke arah kecemerlangan dan kemakmuran.

Presiden Dewan Perniagaan Cina Penampang (PCCC) Victor Kou, sambil mengucapkan tahniah kepada Francis atas pelantikan baharunya, berkata Francis yang sebelum ini merupakan Pegawai Daerah Penampang adalah calon tepat untuk jawatan tertinggi dalam MPP, kerana beliau mempunyai pengalaman kerja dan keupayaan luas dalam mentadbir pihak berkuasa tempatan (PBT).

Victor berkata beliau yakin dengan kepimpinan Francis yang boleh dipercayai dalam menjadikan Penampang sebagai sebuah perbandaran bertenaga dan berdaya huni, dengan bergerak maju dan berdaya saing dalam perindustrian, pertanian, sosial dan ekonomi.

“Kami mengalu-alukan peningkatan status daerah Penampang kepada Majlis Perbandaran Penampang pada Isnin, yang menunjukkan kerajaan negeri mengiktiraf potensi besar Penampang dalam banyak aspek pembangunan.

“Dengan Francis sebagai Presiden baharu dan pertama, kami berharap beliau akan memberi tumpuan untuk menambah baik lagi infrastruktur di sini, terutamanya berkaitan banjir, dan melaksanakan langkah sesuai untuk meminimumkan kesan daripada bencana alam itu.

“Ini kerana status Penampang telah dinaik taraf menjadi sebuah majlis perbandaran dan oleh itu, MPP harus meneliti potensi pembangunannya supaya Penampang mampu menjadi setanding dengan majlis perbandaran lain di Sabah, selain mengindahkan lagi Penampang terutamanya di kawasan bandar,” kata Victor.

Bercakap kepada Daily Express di sini pada Selasa, beliau berkata PCCC bersedia bekerjasama dengan MPP untuk memacu kemajuan pembangunan yang akan memberi manfaat kepada penduduk di sini, dan mengenal pasti matlamat jelas yang boleh dicapai.

Beliau berkata PCCC juga mengesyorkan MPP mendekati komuniti perniagaan di sini selain masyarakat tempatan, dan mendengar pendapat serta cadangan mereka untuk memajukan lagi Penampang ke tahap yang lebih tinggi.

 “Untuk Penampang mewujudkan visi yang lebih indah, majlis perbandaran mesti merangka garis panduan tadbir urus baharu,” katanya.

Francis dilantik sebagai Presiden MPP berkuatkuasa 1 Ogos. Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam menyampaikan watikah pelantikan kepada Francis dalam suatu majlis pada Isnin.

Chong sebelum ini telah berkhidmat selama 37 tahun dalam perkhidmatan awam.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here