Thu, 10 Jul 2025
Headlines:
Mangsa kebakaran akan dipertimbang terima rumah Sabah Maju Jaya
Published on: Wednesday, July 24, 2024
Published on: Wed, Jul 24, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Mangsa kebakaran akan dipertimbang terima rumah Sabah Maju Jaya
ANDI (tengah) menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Pasir Putih dalam lawatannya pada Selasa.
TAWAU: Lima Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas kebakaran di Kg Pasir Putih pada Ahad lalu akan diberi pertimbangan untuk disenaraikan sebagai penerima Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ahli Parlimen Kalabakan yang juga Adun Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, usaha itu merupakan antara inisiatif pihaknya untuk membantu para mangsa membina semula kehidupan.

Advertisement
Selain itu, katanya, pihaknya juga akan cuba mendapatkan penempatan sementara di Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang ada sebagai alternatif lain bagi meringankan beban mereka.

Katanya, sebagai wakil rakyat, beliau amat memahami keperluan rakyat yang ditimpa musibah kebakaran dan tidak mahu kehilangan rumah tempat berteduh selama ini akan berterusan menjejaskan kehidupan seharian mangsa.

SPONSORED CONTENT
KUCHING: Thailand Week is set to make its first-ever appearance in Kuching, happening from July 31st to August 3rd, 2025, at the Center Court and Second Floor of The Spring Shopping Mall.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa terlibat di kampung itu, pada Selasa.

Menurutnya, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan dengan kerjasama DUN Tanjung Batu menyerahkan sumbangan kewangan kepada mangsa, manakala, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tawau memberikan bantuan berupa barangan dapur dan keperluan semasa.

Advertisement
Beliau berharap sumbangan yang diberi dapat meringankan beban ditanggung kesemua mangsa terlibat dan mereka terus bersabar dengan dugaan kehilangan rumah dan harta-benda lain.

Andi juga berharap kejadian itu diambil iktibar oleh semua pihak untuk mengambil langkah berjaga-jaga agar terhindar dari sebarang kejadian tidak diingini, khususnya kebakaran.

Advertisement
Dalam kebakaran sekitar jam 2 pagi pada Ahad lepas, sebuah rumah dihuni 24 isi rumah membabitkan lima KIR musnah sepenuhnya bersama dua kereta iaitu Perodua Axia dan Perodua Kancil.

Salah seorang penghuninya iaitu wanita, 44, turut melecur di tapak kaki kerana terpijak lantai panas ketika menyelamatkan anak perempuannya yang sedang tidur.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here