Sun, 27 Apr 2025
Headlines:
Rahsia pelajar cemerlang dapat 4.0
Published on: Wednesday, July 24, 2024
Published on: Wed, Jul 24, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Rahsia pelajar cemerlang dapat 4.0
Hanifizwan Kamaruddin (kiri) dan Khairi Syed Alie, pelajar dari SMK Balung, Tawau, Mohd Aidil Sulong (tiga kiri) dan Athirah Aidil Sulong pelajar dari Pusat Tingkatan Enam, Maktab Sabah antara 130 pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sabah yang diumumkan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran JPNS Nurani Fauziah Derin di Dewan Citra Kolej Tingkatan Enam.
Kota Kinabalu: Seorang pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Sabah, Mohd Aidil Sulong, 20, berkata pelajar tidak sepatutnya membiarkan diri mereka berada dalam situasi tidak memahami apa yang diajar guru jika mahu mendapatkan keputusan cemerlang.

Beliau berkata segarang manapun seseorang guru, pelajar perlu memberanikan diri untuk bertanya dan tidak berdiam diri.

Advertisement
“Saya akan beri tumpuan sepenuhnya ketika berada di dalam kelas selain bertanya kepada guru mata pelajaran berkenaan. 

Saya memberanikan diri untuk bertanya cikgu dan saya punya prinsip iaitu saya tidak akan membenarkan diri saya tidak memahami (pelajaran) dalam kelas,” katanya kepada Bernama pada majlis pengumuman keputusan STPM di sini, Selasa.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Bercita-cita untuk menjadi seorang guru Geografi, Mohd Aidil merupakan antara 130 pelajar Sabah yang berjaya mencatatkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 dalam peperiksaan itu.

Menurut pelajar Pusat Tingkatan Enam Maktab Sabah itu, kesabaran guru mengajarnya untuk memahami pelajaran menarik minatnya untuk menjadi seorang pendidik. 

Advertisement
Sementara itu, Hanifizwan Kamaruddin, 20, yang turut meraih PNGK 4.0 berkata fokus semasa dalam kelas merupakan kunci kejayaannya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu. 

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, Tawau itu berkata beliau juga meluangkan masa mengulang kaji antara 8 malam hingga 12 tengah malam.

Advertisement
“Dari dulu saya mahu menjadi guru dan sekarang ini saya harap dapat masuk Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atau Universiti Malaya (UM),” katanya sambil menambah ibunya hanya bekerja sebagai seorang jurujual sekali gus mendorongnya untuk mencapai tahap kehidupan yang lebih baik.

Rakan sekolahnya Khairi Syed Alie, 20, pula berkata beliau menerapkan cara belajar konsisten iaitu hanya mengambil masa 30 hingga 45 minit sehari untuk mengulang kaji tetapi dilakukan secara berterusan.

Bercita-cita untuk menjadi ahli ekonomi, Khairi yang juga anak bongsu dari tujuh beradik itu berkata tinggal di asrama membolehkannya belajar secara berkumpulan sekali gus memberikannya semangat untuk belajar sehingga lewat malam dan akhirnya berjaya memperoleh PNGK 4.0.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here