Wed, 9 Jul 2025
Headlines:
91 murid SK Pulau Gaya alami keracunan makanan
Published on: Wednesday, July 24, 2024
Published on: Wed, Jul 24, 2024
By: Agust Dean
Text Size:
Text:
91 murid SK Pulau Gaya alami keracunan makanan
Punca keracunan makanan masih dalam siasatan jabatan kesihatan, kata seorang pegawai.
Kota Kinabalu: Seramai 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya dilaporkan mengalami keracunan makanan pada Isnin.

Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Raisin Saidin berkata, insiden tersebut dikesan kira-kira pukul 12 tengah hari apabila terdapat murid yang mengalami muntah-muntah dan beberapa simptom lain.

Advertisement
Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, terdapat lebih daripada 20 orang murid yang terlibat dalam kes keracunan makanan.

Namun, selepas pemeriksaan lanjut terdapat 91 murid yang mengalami gejala keracunan makanan.

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
“Justeru, pihak sekolah membawa beberapa murid yang terlibat ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di Likas.

“Sebahagian murid mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth I dan Klinik Kesihatan Luyang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Selasa.

Advertisement
Menurut beliau, setakat ini, tiada kes tahap kritikal dan status kesihatan murid pada tahap dua dan dalam pemantauan hospital.

Katanya, 90 peratus murid dimasukkan ke hospital untuk pemantauan, manakala 10 murid lagi dibenarkan pulang ke rumah.

Advertisement
Raisin berkata, pihak sekolah bertindak memberhentikan perkhidmatan kantin dan pembekalan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) serta-merta buat sementara waktu.

Beliau berkata, pihak sekolah juga menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar membawa anak jagaan masing-masing untuk mendapatkan rawatan segera di klinik berhampiran sekiranya terdapat simptom keracunan makanan. 

Mengulas lanjut, beliau berkata Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah membuat janji temu dengan pasukan Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu untuk menjalankan siasatan dan mengambil sampel di sekolah pada Selasa.

Jelasnya, Jabatan Pendidikan Negeri sentiasa memantau perkembangan kes berkenaan dari semasa ke semasa.

Pada Isnin, tular dalam laman media sosial mengenai kes keracunan makanan yang membabitkan beberapa pelajar SK Pulau Gaya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here