Tue, 13 May 2025
Headlines:
Yu Cai Foundation Penajaan Tingkatan Enam 2024 dibuka untuk permohonan!
Published on: Thursday, July 25, 2024
Published on: Thu, Jul 25, 2024
Text Size:
Text:
Yu Cai Foundation Penajaan Tingkatan Enam 2024 dibuka untuk permohonan!
Permohonan Yu Cai Foundation Penajaan Tingkatan Enam 2024 dibuka dari 1st August 2024 sehingga 31 August 2024.  Calon yang berjaya akan menerima tajaan maksimum sebanyak RM3,000 untuk pelajaran Tingkatan 6.

Tarikh Penting:

Advertisement
Tempoh Permohonan Talian : 1 Ogos 2024 - 31 Ogos 2024

Penyerahan Dokumen Fizikal : sebelum 7 September 2024

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
Kriteria Permohonan:
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah lulus SPM dan diterima oleh Kolej Tingkatan 6 sebelum permohonan ini (bagi pelajar Semester 1 sahaja)
  • Pendapatan bulanan gabungan keluarga pemohon yang kurang daripada RM6,250
  • Pemohon mesti lulus SPM dengan minimum Gred C untuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah
  • Pemohon harus memperolehi sekurang-kurangnya 5A (termasuk A+ / A / A-) dalam SPM
  • Pemohon yang berjaya (YCF scholar) mesti mengekalkan PNGK minimum 2.50 pada setiap semester sepanjang Tingkatan 6
  • Pemohon yang telah menerima biasiswa/dermasiswa/pinjaman pelajaran lain tidak akan dipertimbangkan
  • Hanya satu permohonan dari satu keluarga dibenarkan dan dipertimbangkan pada tahun yang sama, melainkan keadaan wujud untuk pengecualian
  • Pemohon daripada ahli keluarga terdekat Lembaga Pemegang Amanah YCF, Ahli Jawatankuasa Anugerah dan setiausaha / bendahari YCF tidak akan dipertimbangkan.

Cara Permohonan:
  1. Layari laman web rasmi https://www.ycf.org.my/
  2. Di Tab “Program" klik “Borang Tajaan Tingkatan 6 2024” dan lengkapkan permohonan dengan maklumat yang tepat.
  3. Muat naik semua dokumen salinan sah (CTC) melalui permohonan talian.
  4. Kurier atau serahkan dengan tangan semua dokumen fizikal yang diperlukan ke pejabat YCF sebelum 7 September 2024 untuk melengkapkan pemohonan!
  5. Untuk maklumat lanjut, sila layari web rasmi https://www.ycf.org.my/ ATAU Facebook YCF di www.facebook.com/yucaifoundation.

Advertisement
Mengenai Yu Cai Foundation

Yu Cai Foundation (“YCF”) dilancarkan pada Januari 2015 oleh Ananda Krishnan Tatparanandam dan Usaha Tegas sebagai suatu yayasan amal。  Objektif YCF adalah untuk memajukan, memartabatkan dan memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia yang kurang berkeupayaan serta mempromosikan pembelajaran bahasa vernacular di Malaysia. . “Yu Cai” [atau “育才”] bermaksud “memupuk bakat” dalam bahasa Mandarin. Yu Cai Foundation komited untuk menyokong aspek berbilang bahasa dan pelbagai budaya dalam sistem pendidikan Malaysia dan untuk mengekalkan warisan budaya kami yang unik. Sejak ditubuhkan pada 2015, Yayasan Yu Cai telah mengagihkan lebih RM25 juta biasiswa dan tajaan, memanfaatkan lebih 5,600 pelajar, guru-guru dalam perkhidmatan, 110 sekolah dan banyak komuniti di negara ini.

Advertisement
Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman web rasmi Yu Cai Foundation (http://www.ycf.org.my /) atau  Facebook (https://www.facebook.com/yucaifoundation) atau hubungi YCF Secretariat [email protected] atau +.6012-6406411.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here