Mon, 28 Apr 2025
Headlines:
Warga emas hilang ditemui selamat
Published on: Thursday, July 25, 2024
Published on: Thu, Jul 25, 2024
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Warga emas hilang ditemui selamat
ADAU dipapah penduduk kampung sebaik ditemui.
PITAS: Warga emas yang dilaporkan hilang di kebun dekat Kampung Tambilidon di sini sejak Isnin, ditemukan selamat oleh penduduk kampung pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu, Hasbi Hajat berkata, Adau Tangga, 83, ditemui dalam keadaan lemah di kawasan kebun getah berhampiran rumahnya kira-kira jam 6.40 petang.

Advertisement
Hasbi berkata, pada Selasa, Bomba melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua yang melibatkan Polis, Rela, penduduk kampung dan turut disertai oleh Unit K9 Bomba yang baru tiba dari Kota Kinabalu.

Katanya, SAR yang dimulakan pada jam 9.30 pagi itu dibahagikan kepada tiga sektor dengan setiap sektor berkeluasan 10 ekar dengan kaedah ‘zigzag’ dan radius pencarian 3km.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Menurut Hasbi, ketika operasi dijalankan, mangsa keluar sendiri dan dijumpai oleh penduduk kampung hanya 1km dari rumah mangsa.

Mangsa diserahkan oleh pihak PDRM sebelum pasukan Bomba membuat pemeriksaan ke atas mangsa bagi memastikan dia dalam keadaan baik.

Advertisement
Operasi SAR ditamatkan pada jam 5 petang.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here