Tue, 20 May 2025
Headlines:
Kes bunuh pelajar kolej vokasional Lahad Datu dipindah ke Mahkamah Tinggi Tawau
Published on: Friday, July 26, 2024
Published on: Fri, Jul 26, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kes bunuh pelajar kolej vokasional Lahad Datu dipindah ke Mahkamah Tinggi Tawau
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 24 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
LAHAD DATU: Mahkamah Majistret di sini pada Khamis memerintahkan kes membabitkan 13 pelajar lelaki kolej vokasional di sini yang berhadapan pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki di kolej sama pada Mac lepas dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.

Majistret Nur Asyraf Zolhani membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao mengikut Seksyen 177A(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Advertisement
Bagaimanapun, tarikh sebutan di Mahkamah Tinggi itu belum ditetapkan.

Prosiding itu dijalankan secara tertutup kerana kes itu melibatkan pesalah di bawah umur.

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
Pada 2 April lepas, 13 pelajar berusia antara 16 hingga 19 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan secara bersama-sama membunuh

Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam, 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac lepas. 

Advertisement
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 24 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Sembilan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki, Datuk Ram Singh, Amirul Amin Rashid dan Chen Wen Jye, manakala seorang remaja diwakili peguam Abdul Ghani Zelika dan tiga lagi tidak diwakili peguam.

Advertisement
Sementara itu, Kamarudin ketika ditemui di luar mahkamah berkata pihak pendakwaan mendapat izin untuk mendakwa dan rekuisisi daripada Pejabat Peguam Negara untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi Tawau.

“Di samping itu, kita juga memohon atas permintaan ibu bapa supaya remaja ini direman di Penjara Lahad Datu bukan di Tawau bagi memudahkan sesi lawatan,” katanya.

Pada 22 Mac lepas, Mohamad Nazmie Aizzat ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian tubuh di sebuah bilik asrama kolej itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here