Mayat lelaki di ladang sawit: Polis buru 3 suspek
Published on: Saturday, July 27, 2024
By: Winnie Kasmir dan Mardinah Jikur
TIGA suspek yang dicari.
SANDAKAN: Polis kini giat memburu tiga suspek lelaki bagi membantu siasatan, susulan penemuan mayat seorang lelaki di sebuah ladang sawit di Jalan Sungai Memanjang, Sandakan pada Khamis.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Ramasamy a/l Kuppan berkata tiga lelaki yang diburu tersebut dikenali sebagai Mohd Jasmin Rusman atau Achok, 24, Mohamad Zulfaizzie Hanafie Mohd Firdaus, 24, dan seorang lelaki bernama Komeng berusia 20 tahun.
ADVERTISEMENT
Terdahulu, pada jam lebih kurang 10.50 pagi 25 Julai lalu, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai sebuah rangka kenderaan hangus terbakar di kawasan semak sebuah ladang sawit.
“Siasatan awal di sekitar kawasan tersebut telah menjumpai sebuah rangka kenderaan jenis Toyota Hilux 4WD yang hangus terbakar.
“Selain daripada itu, pihak polis juga menemui satu mayat dipercayai lelaki dalam keadaan mereput dan tidak sempurna pada jarak 19 meter dari rangka kenderaan tersebut,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan, pada Jumaat.
Ramasamy berkata, “Mayat tersebut disyaki orang yang dilaporkan hilang pada 21 Julai lalu menurut pengecaman awal keluarga mangsa terhadap pakaian terakhir mangsa dilihat pada kali terakhir.
ADVERTISEMENT
“Bagaimanapun, pihak polis masih menanti pengesahan lanjut, kerana operasi bedah siasat dan pengambilan sampel DNA hanya akan dapat dilaksanakan esok (Sabtu) ekoran pegawai yang menjalankan prosedur tersebut diterbangkan dari Kota Kinabalu,” tambahnya.
Berikutan itu, Ramasamy berkata pihaknya telah menahan seorang wanita berusia 22 tahun bagi membantu siasatan dan suspek utama dalam kes ini telah dikenal pasti.
ADVERTISEMENT
“Beberapa saksi utama juga telah dirakam percakapan dan motif utama pembunuhan disyaki akibat perselisihan faham dan dendam,” ulasnya lagi.
Sementara itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi berkaitan kes tersebut. Orang ramai juga disaran menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kes tersebut kepada balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Kes ini disiasat dibawah Sesyen 302 Kanun Keseksaan.
Khamis lepas, satu mayat ditemukan di kawasan semak berhampiran sebuah ladang di Kampung Sungai Memanjang, di sini, kira-kira jam 11 pagi.
Sepasukan anggota polis pergi ke lokasi dan menemukan mayat itu, yang dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk bedah siasat.
Terdahulu, tular berita anak lelaki seorang pengusaha restoran di sini hilang sejak Ahad bersama kenderaan pacuan empat roda.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.