PUTATAN: Kehadiran pelancong yang ramai menyebabkan permintaan terhadap bekalan air meningkat hingga menyebabkan tekanan air rendah di beberapa kawasan di Tanjung Aru dan Sembulan.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya berkata, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sedang berusaha menstabilkan semula tekanan air di kawasan yang terjejas.
Beliau berkata, JANS sedang berusaha menyeimbangkan semula tekanan air di kawasan yang terlibat kerana ada kawasan yang mempunyai tekanan air yang tinggi dan ada yang rendah maka, langkah sedang diambil bagi menstabilkan semula tekanan air.
“Saya ada menerima aduan daripada Shangri-La Tanjung Aru Resort dan kami sudah meminta JANS untuk tingkatkan tekanan. Malah, kawasan Sembulan turut mengalami gangguan bekalan air.
Advertisement