Wed, 18 Jun 2025
Headlines:
Konsep PBS 2.0 inisiatif remajakan parti: Joniston
Published on: Saturday, July 27, 2024
Published on: Sat, Jul 27, 2024
Text Size:
Text:
Konsep PBS 2.0 inisiatif remajakan parti: Joniston
“Mungkin sudah tiba masanya kita mempertimbangkan PBS 2.0 sebagai daya usaha untuk benar-benar meremajakan parti supaya kekal relevan, dan memastikan kita tidak ketinggalan tetapi sebaliknya memimpin dalam amalan politik yang inovatif,” kata Joniston.
Kota Kinabalu: Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Joniston Bangkuai telah mencadangkan konsep PBS 2.0 sebagai visi jelas untuk masa depan parti.

Beliau berkata cadangan inisiatif ini perlu dilihat sebagai usaha baharu untuk meremajakan parti yang berusia 39 tahun dan mengubah persepsi PBS  sebagai “parti orang tua”.

Advertisement
Ia harus dipandang sebagai parti yang mempelopori usaha menuntut hak-hak negeri seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan di dalam Perlembagaan.

“Kita harus memanfaatkan sejarah dan legasi PBS sebagai asas kukuh untuk memajukan dan mengembangkan lagi matlamat serta halatuju parti,” katanya.

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
Joniston berkata demikian semasa berkongsi pandangan beliau mengenai ‘The Way Forward For PBS’ di Seminar Platform Politik Anak Muda PBS, Khamis.

“Mungkin sudah tiba masanya kita mempertimbangkan PBS 2.0 sebagai daya usaha untuk benar-benar meremajakan parti supaya kekal relevan, dan memastikan kita tidak ketinggalan tetapi sebaliknya memimpin dalam amalan politik yang inovatif,” tambahnya.

Advertisement
Joniston turut mencadangkan agar Sayap Pemuda PBS menerajui usaha merangka strategi yang praktikal serta boleh dilaksanakan dengan objektif dan sasaran yang boleh dicapai dalam proses meremajakan parti.

“Sebagai pemimpin masa depan PBS, ahli sayap pemuda parti wajar berada di barisan hadapan dalam usaha mengukuhkan lagi parti dan menarik lebih ramai ahli, terutama di kalangan generasi muda,” katanya.

Advertisement
Beliau berpendapat bahawa konsep PBS 2.0 harus mewakili komitmen ahli terhadap pemodenan, keterangkuman, dan inovasi, sejajar dengan keperluan dan kepimpinan semasa.

Tambah beliau, inisiatif ini harus merangkumi strategi digital yang komprehensif, pemodenan strategi kempen, pemerkasaan belia dan wanita, dan yang paling penting, penglibatan generasi pengundi baharu.

“Saya melihat PBS 2.0 sebagai ‘call to action’ untuk semua ahli. Ia bukan sekadar pelan tetapi penggerak ke arah yang lebih cerah untuk parti kita, dan bagi saya, inilah ‘the way forward’ (pendekatan terbaik) untuk masa depan PBS,” kata Joniston.

Justeru itu, beliau menekankan pentingnya penyertaan aktif dari semua ahli untuk merealisasikan konsep ini di mana belia dan wanita boleh membantu merangka pelan pemodenan yang berkesan untuk parti.

Seminar ini dihadiri oleh ahli exco parti yang diketuai oleh Ketua Pergerakan Pemuda Pusat Christopher Mandut dan ketua-ketua pemuda bahagian.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here