Pasukan Polis Marin Semporna rampas 197 karton rokok seludup
Published on: Sunday, July 28, 2024
RAMPASAN tersebut.
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 197 karton rokok seludup bernilai RM49,250 di perairan Tanjung Manimpa, Pulau Bum Bum, Sabtu.
Pegawai Pemerintah PPM Semporna DSP Mohamad Ismail berkata atas maklumat awam, sepasukan anggota pergi ke kawasan itu pada jam 5 pagi dan ternampak bot pam dalam keadaan mencurigakan.
ADVERTISEMENT Apabila dihampiri, bot itu memecut dan semasa dikejar, tekong bot bersama anak kapalnya terjun ke dalam air dan melarikan diri ke arah hutan bakau Tanjung Manimpa.
“Pemeriksaan ke atas bot pam itu menemukan 197 karton rokok dengan cukai tidak dibayar disembunyikan dalam beg plastik biru.
“Barang rampasan, termasuk bot, enjin dan kipas dianggarkan bernilai RM55,500 dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut,” katanya, menambah kesalahan itu terletak di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
ADVERTISEMENT
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.