Tue, 20 May 2025
Headlines:
Anggota perkhidmatan awam perlu main peranan amalan hidup sihat
Published on: Monday, July 29, 2024
Published on: Mon, Jul 29, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Anggota perkhidmatan awam perlu main peranan amalan hidup sihat
GHANI (berdiri enam dari kiri) dan Dr Muhammad Abiruddin (kelima dari kiri) bersama kontinjen PPD Nabawan yang muncul juara dalam Temasya Sukan Antara Jabatan itu.
NABAWAN: Pegawai dan anggota perkhidmatan awam memainkan peranan yang penting dalam menjayakan amalan gaya hidup sihat di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, sebagai kumpulan pelaksana dan dasar kerajaan seharusnya memainkan peranan dan menunjukkan contoh terbaik kepada masyarakat dalam menjayakan ANMS.

Advertisement
Katanya, sebagai penjawat awam seseorang itu perlu membudayakan amalan gaya hidup sihat.

“Kita berharap agar penjawat awam boleh mengamalkan gaya hidup sihat dan sama-sama menjayakan ANMS demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya semasa berucap merasmikan sambutan Agenda Nasional Malaysia Sihat dan Temasya Sukan Antara Jabatan 2024 di Kompleks Sukan Nabawan di sini pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata, amalan gaya hidup sihat haruslah dipraktikkan dari rumah bersama ahli keluarga selain diaplikasi di tempat kerja ataupun di mana jua kita berada.

Menyentuh sambutan ANMS Ghani berkata, sememangnya program ini sesuai untuk diadakan kerana selain dapat meningkatkan kesedaran tentang kesihatan ianya juga dapat mengeratkan silaturahim dikalangan penjawat awam dan masyarakat keseluruhannya.

Advertisement
“Ia juga penting untuk mengukuhkan perpaduan dalam mencapai agenda nasional dan memupuk kerjasama untuk diamalkan oleh semua jabatan, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan,” jelasnya.

Malah penganjuran Temasya Sukan Antara Jabatan juga adalah suatu aktiviti yang mencerminkan bahawa masyarakat sama-sama mengangkat agenda nasional. 

Advertisement
“Sebagai wakil rakyat di daerah ini saya sentiasa menggalakkan dan menyokong apa jua aktiviti sukan atau program-program kesihatan yang akan memberi impak baik khususnya untuk masyarakat di sini,” katanya.

Beliau berharap,  usaha dan niat murni ini dapat mengangkat Agenda Nasional Malaysia Sihat dan temasya sukan antara jabatan peringkat daerah Nabawan akan memberi manfaat kepada semua khususnya yang telah melibatkan diri atau mengambil bahagian.

Sementara itu Pegawai Kesihatan Daerah Nabawan yang juga Pengerusi Penganjur Dr Muhammad Abiruddin Abdul Salleh berkata, Temasya Sukan Antara Jabatan ini akan dianjurkan setiap tahun.

Katanya, pada kali ini KKM Nabawan menjadi hos penganjur bagi semua permainan.

“Pada masa akan datang kita cadangkan agar setiap jabatan di daerah menjadi  hos penganjur bagi setiap satu permainan,” katanya.

Sementara itu katanya, KKM dan Pejabat Daerah akan bertindak sebagai penyelaras.

Dalam Temasya Sukan Antara Jabatan itu, kontinjen Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Nabawan muncul juara manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh PDRM dan KKM.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here