Thu, 10 Jul 2025
Headlines:
Usaha tambah sekolah menengah, kolej swasta di Sipitang akan terus diperjuang
Published on: Monday, July 29, 2024
Published on: Mon, Jul 29, 2024
Text Size:
Text:
Usaha tambah sekolah menengah, kolej swasta di Sipitang akan terus diperjuang
DR Yusof (duduk tengah) bersama pelajar-pelajar SMK Pengiran Omar II yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2023.
SIPITANG: Usaha untuk mewujudkan sebuah lagi sekolah menengah dan kolej swasta di daerah ini akan terus diperjuangkan sejajar dengan keperluan pembangunan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata,  ketika ini terdapat empat sekolah menengah di daerah ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengiran Omar I, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Berampah, SMK Pengiran Omar II dan SMK Sindumin.

Advertisement
Katanya, beliau mahu sebuah lagi sekolah menengah diwujudkan dan pernah mencadangkan kepada kerajaan untuk membina sebuah sekolah menengah agama di kawasan Mesapol.

“Bagi memenuhi keperluan pembangunan dan pertambahan penduduk di daerah Sipitang, usaha mewujudkan sebuah lagi sekolah menengah akan saya teruskan.

SPONSORED CONTENT
KUCHING: Thailand Week is set to make its first-ever appearance in Kuching, happening from July 31st to August 3rd, 2025, at the Center Court and Second Floor of The Spring Shopping Mall.
“Pembangunan pendidikan ini penting selain menaik taraf sekolah-sekolah yang sedia ada di daerah ini,” katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2023/2024 SMK Pengiran Omar II, pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang Sulaiman Suhail, Pengetua SMK Pengiran Omar II Annie Sawali dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Pengiran Omar II Raihani Sinjam.

Advertisement
Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata, pada masa sama, beliau juga mahu kolej swasta diwujudkan termasuk yang berteraskan petroleum di daerah ini kerana adanya Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (Sogip).

“Sebagai anak Sipitang, impian untuk membina sebuah lagi sekolah menengah dan mewujudkan kolej swasta ini akan saya perjuangkan untuk menjamin masa depan yang baik bagi anak-anak Sipitang,” jelasnya.

Advertisement
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil kecemerlangan kepada pelajar cemerlang Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2023 SMK Pengiran Omar II.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here