Thu, 10 Jul 2025
Headlines:
Konvensyen Perdana Momogun 2024 1 Ogos
Published on: Monday, July 29, 2024
Published on: Mon, Jul 29, 2024
By: Mohd Nazllie Zainul
Text Size:
Text:
Konvensyen Perdana Momogun 2024 1 Ogos
WENCES bercakap dalam sidang media penganjuran konvensyen tersebut.
PENAMPANG: Kongres Nasional Momogun (MNC) dengan Kerjasama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) dan Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) bakal menganjurkan Konvensyen Perdana Momogun 2024 pada 1 Ogos depan. 

Berlangsung di Pusat Kebudayaan Sabah Penampang, tujuan utama konvensyen tersebut adalah bagi mencapai persepakatan dan persetujuan rumpun Momogun Sabah untuk menggesa kerajaan negeri serta Persekutuan mewujudkan istilah “Momogun” dalam borang rasmi kerajaan yang diguna pakai pada masa kini. 

Advertisement
Presiden MNC, Tan Sri Wences Angang berkata, seramai 109 perwakilan daripada 52 pertubuhan atau persatuan etnik, badan bukan kerajaan (NGO) dan koperasi pada pra konvensyen pada 22 Jun lalu telah menyuarakan sokongan ke atas inisiatif berkenaan. 

“Perkara ini selepas sekian lama dikategorikan sebagai ‘Lain-Lain’ dalam negara sendiri. 

SPONSORED CONTENT
KUCHING: Thailand Week is set to make its first-ever appearance in Kuching, happening from July 31st to August 3rd, 2025, at the Center Court and Second Floor of The Spring Shopping Mall.
“Konvensyen Perdana Momogun 2024 nanti akan memberi peluang untuk mengukuhkan lagi sokongan terbabit. 

“Selain itu, ia turut memberi peluang kepada pertubuhan atau persatuan lain yang tidak sempat menghadiri pra konvensyen untuk memberi sokongan,” katanya ketika sidang media memaklumkan konvensyen terbabit, baru-baru ini. 

Advertisement
Mengulas lanjut, Wences memaklumkan konvensyen tersebut akan dirasmikan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun. 

Menurut beliau, upacara penutup kemudiannya bakal disempurnakan oleh  Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick. 

Advertisement
Katanya, sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh berhubung dengan Setiausaha Agung MNC, Gundohing Philix Laimon di talian 019-8105030.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here