Thu, 17 Jul 2025
Headlines:
Dewan perniagaan sentiasa sedia bantu usahawan di Sabah: Phoong
Published on: Monday, July 29, 2024
Published on: Mon, Jul 29, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Dewan perniagaan sentiasa sedia bantu usahawan di Sabah: Phoong
LIMA pemenang teratas bergambar bersama Phoong dan juri-juri selepas majlis penyampaian hadiah.
Kota Kinabalu: Terdapat pelbagai dewan perniagaan yang sentiasa bersedia membantu usahawan di negeri ini, kata Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe.

Beliau berkata selain Transformasi Usahawan Sabah (SET), terdapat dewan lain seperti Persekutuan Industri Sabah (FSI) yang bersedia membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka.

Advertisement
Phoong menambah, kementeriannya juga sentiasa bersedia bekerjasama dengan peneraju industri untuk menghulurkan bantuan.

Jadi dengan adanya dewan perniagaan, Phoong berkata usahawan di negeri ini boleh mendapatkan bantuan untuk mengembangkan perniagaan mereka.

SPONSORED CONTENT
Featuring over 100 booths it is one of the largest trade and culture showcases ever held in East Malaysia.
Katanya, belanjawan untuk program PKS bagi 2021 dan 2022 hanya RM10 juta, tetapi jumlah dinaikkan kepada RM15 juta pada 2023.

Menurut Phoong, walaupun belanjawan tidak mencukupi tetapi ini menunjukkan kerajaan sentiasa bersedia membantu usahawan di negeri ini.

Advertisement
Beliau berucap di Grand Final Pertandingan Pitching pada Sabtu.

Mengenai pertandingan itu, Phoong berkata ia hanya permulaan bagi sepuluh finalis dalam mengembangkan perniagaan mereka.

Advertisement
“Tiada kegagalan dan orang yang tewas… jika menamatkan saingan di tempat sepuluh atau kelapan tetapi ia tidak bermakna perniagaan anda tidak baik kerana ia hanya permulaan dan perjalanan anda masih panjang.

“Pertandingan Pitching ini akan mewujudkan platform untuk anda belajar daripada senior dalam industri usahawan.

“Jadi, anda tidak pernah berputus asa tetapi teruskan usaha anda dalam mengembangkan apa yang telah anda mulakan,” kata Phoong.

Pemenang lima teratas ialah Mable Wong, Isabel Lo, Ku Gee Perng, Khor kah Shiong dan Felix Liewhan dan masing-masing menerima wang tunai RM10,000.

Lima lagi finalis ialah Wilson Lim, Brandon Lo, Jasper Tai, Kelvin Dale dan Jerry Jasing. 

Turut hadir, Presiden Pengasas SET Datuk George Lim dan ahli keluarga serta rakan-rakan finalis.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here