Mon, 28 Apr 2025
Headlines:
Dua parah kemalangan babit empat kenderaan di Ranau
Published on: Monday, July 29, 2024
Published on: Mon, Jul 29, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Dua parah kemalangan babit empat kenderaan di Ranau
ISUZU Dmax yang terlibat dalam kemalangan itu.
RANAU: Dua cedera parah manakala sembilan lagi terselamat berikutan kemalangan jalan raya membabitkan empat kenderaan di sini, petang Jumaat

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian berlaku di hadapan stesen minyak Petronas Ranau kira-kira jam 6.44 petang.

Advertisement
Katanya, kemalangan itu membabitkan empat kenderaan iaitu Proton Saga, Toyota Hilux SR, Isuzu Dmax dan lori treler.

“Dua mangsa berusia 51 dan 14 tahun dilaporkan cedera parah dengan seorang dalam Saga dan seorang lagi dalam Hilux.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
“Mangsa dihantar ke Hospital Ranau oleh ambulans manakala sembilan lagi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurut Ridwan, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.44 petang dan menghantar sebuah kenderaan bersama enam anggota diketuai Komander Operasi PBK II Becket Gumat ke lokasi kejadian.

Advertisement
“Apabila tiba di lokasi kira-kira 2 kilometer dari BBP Ranau, didapati sebuah lori treler, dua kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax dan Toyota SR serta sebuah Proton Saga terlibat dalam kemalangan,

“Bagaimanapun, tiada operasi menyelamat dilakukan kerana mangsa yang cedera sudah pun dibawa ke hospital Ranau menggunakan ambulans sebelum ketibaan pasukan bomba dan penyelamat,” katanya.

Advertisement
Menurutnya, pihaknya hanya mengambil maklumat di lokasi kejadian dan mengeluarkan kepala bateri bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya, operasi ditamatkan jam 7.10 malam,” jelas Ridwan.

Sementara itu, beliau menyeru semua pemandu supaya lebih berhati-hati ketika memandu merentasi daerah ini terutama di jalan kampung yang sempit dan berselekoh.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here