SANDAKAN: Seorang lelaki warga Indonesia berusia 51 tahun dipenjara sejumlah 30 tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dua kali di Kinabatangan.
Anis Serrang mengaku bersalah di hadapan Hakim Zaini Fishir @ Fisal melakukan kesalahan itu pada Mac 2023 dan Mac 2024 di kawasan hutan.
Advertisement

Anis dipenjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan diperintah menjalani hukuman itu serentak.
Dia diarah dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang selepas itu.
Mahkamah mendengar bahawa mangsa melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 1 pagi pada 19 April lalu.
Pegawai perubatan itu menghubungi balai polis Kinabatangan untuk membuat laporan polis yang menyebabkan Anis ditahan pada 25 April lalu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Bryan Francis.