Sun, 8 Sep 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Maritim Malaysia rampas 1,000 liter petrol di Sandakan selepas aksi kejar buru
Published on: Wednesday, July 31, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Maritim Malaysia rampas 1,000 liter petrol di Sandakan selepas aksi kejar buru
Kapal termasuk barang kawalan dan enjin sangkut dianggarkan berjumlah lebih RM21,000 telah dirampas dan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat. (Gambar: Maritim Sandakan)
SANDAKAN: Sejumlah 1,000 liter disyaki minyak petrol bersubsidi telah dirampas Maritim Malaysia Zon Sandakan di perairan dekat Kampung Bonggaya Baru pada Isnin malam. 

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain, berkata sebuah kapal dipercayai penyeludup berjaya ditahan dalam aksi kejar buru pada pukul 11.25 malam. 

Hasil pemeriksaan kemudiannya mendapati kapal dengan dua enjin sangkut 40 kuasa kuda setiap satu itu tidak mempunyai nombor pendaftaran. Walau bagaimanapun, seorang suspek berjaya melarikan diri.

Kapal termasuk barang kawalan dan enjin sangkut dianggarkan berjumlah lebih RM21,000 telah dirampas dan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat. 

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here