SANDAKAN: Dua pegawai penguatkuasa ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada Rabu kerana disyaki terlibat dalam pengeluaran pas lawatan IMM13 di sebuah daerah di pantai timur Sabah.
Dua pegawai berkenaan ditahan masing-masing di Sandakan dan Tawau ketika hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan.
Perintah reman telah diberikan selama 6 dan 7 hari terhadap kedua-dua pegawai yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Sandakan dan Tawau setelah permohonan dibuat pagi Rabu.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua saspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2022 dan ia melibatkan nilai rasuah kira-kira RM20,000” kata sumber.