Mon, 16 Sep 2024

HEADLINES :



Ayuh bersama rai Hari Sabah: Ellron
Published on: Wednesday, July 31, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:

Ayuh bersama rai Hari Sabah: Ellron
JAINISAH menyampaikan watikah pelantikan kepada salah seorang ahli Komuniti Madani sambil disaksikan Ellron (tengah).
KENINGAU: Rakyat di Negeri Sabah diseru supaya bersama-sama menghormati dan meraikan Hari Sabah yang bakal disambut secara rasmi pada 31 Ogos.

Menteri Belia Dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, rakyat Sabah perlu bersyukur dan menyambut hari yang bersejarah ini.

“Ini adalah kali pertama kita meraikan Hari Sabah secara rasmi selepas ia diwartakan oleh Kerajaan Negeri baru-baru ini,” katanya.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Jiwa Komuniti Madani di Kampung Biah Tengah baru-baru ini.

“Kita berharap dengan pengiktirafan ini kita dapat bersama-sama dengan kerajaan pusat terus membangun negeri Sabah,” katanya.

Ellron berkata, selain sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos ini, sekali lagi menjadi detik bersejarah bagi rakyat Negeri Sabah yang akan menyambut Hari Sabah selepas mendapat perwartaan pihak Kerajaan Negeri.

Sehubungan itu katanya, para pemimpin dan rakyat di negeri ini dapat bersama-sama untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut yang akan diadakan Padang Merdeka Kota Kinabalu.

Terdahulu dalam ucapannya, Ellron berkata, hari ini amat perlu kepada sesebuah negara kerana dengan wujudnya kerjasama dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat.

Katanya, sudah pasti kestabilan negara akan wujud dan pembangunan dapat dijalankan dengan lebih pesat.

“Bagi kami di peringkat kepimpinan negeri, inilah yang kami harapkan. Kefahaman, kerjasama dan perpaduan rakyat supaya kita dapat bergerak bersama-sama membangun negeri Sabah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sabah Jainisah Mohd Noor berkata, bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan Kebangsaan dan Hari Sabah, Jabatan Penerangan Malaysia Sabah juga turut mengadakan pelbagai pengisian aktiviti diadakan bermula 1 Ogos ini di seluruh daerah negeri.

Ini katanya, bagi meningkatkan lagi semangat nasionlisme semua agensi tidak kira kerajaan mahupun swasta untuk terus mengibarkan jalur gemilang.

“Kita kibarkan juga bendera negeri kita sebab tahun ini kita akan raikan sambutan berganda, kita sambut Hari kebangsaan peringkat negeri Sabah dan juga kita akan sambut Hari Sabah pertama kalinya tahun ini,” katanya.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook Caroline Jiugan Benjamin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sook Tony Talasoi, PPM Tulid Casmir Silip, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here