Fri, 23 May 2025
Headlines:
Siasatan terhadap dakwaan ‘jualan hutan hujan’
Published on: Wednesday, July 31, 2024
Published on: Wed, Jul 31, 2024
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
 Siasatan terhadap dakwaan ‘jualan hutan hujan’
Hajiji mengulas pautan tular yang dihantar menerusi suatu platform media sosial pada Jumaat lalu, yang mendakwa sembilan penyenaraian tanah di kawasan hutan hujan berjumlah lebih 80,000 hektar di Sabah dan Sarawak diiklankan menerusi suatu pasar dalam talian.
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah akan menyiasat dakwaan sebuah kumpulan pemerhati bahawa kawasan hutan hujan di negeri ini sedang diiklankan untuk dijual di platform media sosial, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya akan menyiasat perkara itu, saya belum mendapat maklumat lanjut mengenai perkara ini,” katanya selepas merasmikan Majlis Pengiktirafan Kecemerlangan Akademik (Mekar) Ke-12 Jabatan Pendidikan Sabah 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, Isnin.

Advertisement
Sehubungan itu, Hajiji menggesa orang ramai, khususnya rakyat Sabah agar tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang disebarkan melalui media sosial tanpa pengesahan daripada agensi atau jabatan kerajaan berkaitan.

“Kami akan siasat perkara ini terlebih dahulu. Dalam kes seperti ini, orang ramai tidak harus mudah terpengaruh. Untuk mendapat maklumat tepat, ia harus datang daripada agensi atau jabatan berkaitan.

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
“Terdapat banyak penipuan dan fitnah dalam media sosial. Saya berharap orang ramai tidak akan percaya semua yang mereka lihat dalam platform ini,” katanya.

Hajiji mengulas pautan tular yang dihantar menerusi suatu platform media sosial pada Jumaat lalu, yang mendakwa sembilan penyenaraian tanah di kawasan hutan hujan berjumlah lebih 80,000 hektar di Sabah dan Sarawak diiklankan menerusi suatu pasar dalam talian.

Advertisement
Pautan itu dimuat naik oleh sebuah badan yang mendakwa sebagai pemerhati bebas serantau yang menjalankan penyelidikan dan analisis terhadap isu-isu berkaitan iklim.

Ketua Konservator Hutan Sabah, Datuk Frederick Kugan dipetik dalam suatu akhbar tempatan pada Isnin, sebagai mengatakan Jabatan Perhutanan Negeri akan menyiasat dakwaan bahawa dua hutan simpan diiklankan untuk dijual di negeri ini, serta menasihatkan orang ramai untuk menghubungi jabatan itu berhubung sebarang perkara berkaitan Hutan Simpan.

Advertisement
Frederick kecewa pengguna platform dalam talian mengiklankan penjualan tanah hutan dalam Hutan Simpan, dengan niat mungkin untuk menipu bakal pelabur.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here