Wed, 18 Jun 2025
Headlines:
Remaja hilang dikhuatiri lemas
Published on: Wednesday, July 31, 2024
Published on: Wed, Jul 31, 2024
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Remaja hilang dikhuatiri lemas
Menurut Ishak, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa disertai Maritim Malaysia, Bomba, Polis, Rela dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
KUDAT: Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot dinaikinya bersama seorang juragan di perairan Pulau Malawali, dekat sini pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Ishak Jabas berkata, operasi pencarian memasuki hari kedua pada Isnin, namun Aldrian Abdul Hatam, 19, belum ditemui.

Advertisement
Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.52 petang Ahad daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Menurut Ishak, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa disertai Maritim Malaysia, Bomba, Polis, Rela dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
Katanya, menurut pengadu iaitu juragan bot, dia bersama mangsa turun ke laut untuk menangkap ikan pada pagi Ahad dan hanya menyedari mangsa hilang dari bot apabila berada pada jarak 2.55 batu nautika utara.

Beliau berkata, juragan telah melakukan pencarian di sekitar kawasan tersebut namun gagal menemui mangsa, sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak Maritim.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here