Mon, 16 Sep 2024

HEADLINES :



Sabah lebih miskin selepas 30 tahun bawah BN-Umno
Published on: Wednesday, July 31, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:

Sabah lebih miskin selepas 30 tahun bawah BN-Umno
John (kiri) juga menyokong penuh kenyataan Ketua Wiramuda Tamparuli yang juga Setiausaha Wiramuda Pusat Jess Joel Moriga baru-baru ini, yang mengatakan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar (kanan) meludah ke mukanya sendiri.
TAMPARULI: Slogan ‘Sabah For Sabahans’ adalah laungan yang tepat untuk Sabah jika mahu mencontohi Sarawak, kata Ketua Bahagian StarSabah Tamparuli, John Jinitoh.

“Apabila rakyat Sabah serta netizen mengatakan ‘alangkah bagusnya jika Sabah jadi seperti Sarawak’, ini menunjukkan bahawa begitulah aspirasi rakyat Sabah ketika ini.

“Pada perhimpunan agung StarSabah pada 22 Jun lepas, Presiden StarSabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan jelas mengatakan supaya membiarkan parti-parti Malaya fokus di Malaya dan parti-parti tempatan Sabah jaga rumahnya sendiri,” katanya.

Menurut John, gesaan tersebut adalah kesan daripada kegagalan BN-Umno memerintah Sabah selama 30 tahun di Sabah.

“Semasa BN-Umno memerintah Sabah, Sabah bukan bertambah maju tetapi semakin miskin. Oleh itu BN Umno tidak lagi layak jadi pemerintah di Sabah. BN Umno harus ditolak sepenuhnya oleh rakyat Sabah,” katanya.

Tambah beliau, slogan Sabah For Sabahans bukan membenci orang-orang Malaya, “Tetapi kami mahu menolak 100 peratus penguasaan parti Malaya ke atas Sabah.

“Jika Sarawak ada GPS, kita juga ada GRS di Sabah. Kita sudah ada landasan yang tepat, dan orang Sabah hanya perlu mengangkat aspirasi ini untuk menjadi seperti kerajaan Sarawak,” katanya.

Tambah John lagi, ini jelas terbukti di Sarawak yang dikuasai sepenuhnya oleh parti-parti tempatan di mana daripada 82 jumlah kerusi DUN, Parti GPS dan PSB menguasai 80 kerusi dan hanya 2 kerusi PH.

Ini, ujar beliau, telah membawa kepada satu pemerintahan yang sangat kukuh oleh Kerajaan Sarawak.

“Mereka boleh menggubal undang-undang baru demi melindungi hak-hak Sarawak dengan mudah. Dan kekuatan politik parti-parti tempatan di Sarawak telah membawa Sarawak kepada sebuah kerajaan yang stabil dan mempunyai pendapatan tertinggi di Malaysia sejak tahun 2022,” katanya.

Sementara itu, John juga menyokong penuh kenyataan Ketua Wiramuda Tamparuli yang juga Setiausaha Wiramuda Pusat Jess Joel Moriga baru-baru ini, yang mengatakan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar meludah ke mukanya sendiri.

“Tidak dinafikan BN-Umno paling lama memerintah Sabah iaitu hampir 30 tahun.

“Tetapi ketika itu juga Sabah sering menerima anugerah sebagai negeri yang termiskin di Malaysia. Sila rujuk statistik data penganalisis ekonomi 2016-2019,” katanya.

John menggesa agar seluruh rakyat Sabah menolak 100 peratus campur tangan Parti Malaya di Sabah pada PRN yang akan datang.

“Kita juga harus menolak mana-mana parti tempatan yang menumpang populariti parti Malaya. Mereka mengaku parti tempatan tetapi bila pilihan raya guna nama parti Malaya untuk meraih sokongan.

Sudah tiba masanya rakyat Sabah sendiri yang menentukan hala tuju dan autonomi sendiri di Sabah,” jelas beliau.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here