PITAS: Guru besar SK Senaja dan seorang anak perempuannya yang juga pelajar pusat tahfiz Raudhatul Huffaz serta seorang ahli keluarga mereka terkorban dalam tragedi kebakaran yang meranapkan rumah mereka di Kampung Taka, awal pagi Khamis.
Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Kudat, Kamarudin Sogon, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2.10 pagi itu, Abdul Malik Mad Tasin, 50; anak perempuannya Nur Adriana Qistina Abdul Malik, 12; dan saudara mereka Salleh Onding, 60 tahun; ditemukan rentung di tapak rumah berkenaan.
Advertisement
.gif)
Kamarudin berkata ketiga-tiga mangsa yang rentung ditemukan oleh pasukan bomba manakala tiga orang lagi mangsa perempuan yang mengalami cedera ringan telah dihantar ke Hospital Pitas oleh orang awam.