Thu, 17 Jul 2025
Headlines:
Pas lawatan IMM13: Dua pegawai penguatkuasa direman
Published on: Thursday, August 01, 2024
Published on: Thu, Aug 01, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Pas lawatan IMM13: Dua pegawai penguatkuasa direman
SALAH seorang pegawai penguatkuasa yg direman.
SANDAKAN: Dua pegawai agensi penguatkuasa ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada Rabu kerana disyaki terlibat dalam pengeluaran pas lawatan IMM13 di sebuah daerah di pantai timur Sabah. 

Dua pegawai berkenaan masing-masing ditahan di Sandakan dan Tawau ketika hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan.  

Advertisement
Perintah reman selama enam dan tujuh hari terhadap dua pegawai itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Sandakan dan Tawau setelah permohonan dibuat pada pagi Rabu. 

Menurut sumber, kedua-dua suspek masing-masing berumur lingkungan 30an dan 50an dipercayai melakukan perbuatan tersebut bersama orang tengah. 

SPONSORED CONTENT
Featuring over 100 booths it is one of the largest trade and culture showcases ever held in East Malaysia.
Mereka disyaki menguruskan lanjutan permohonan pas lawatan IMM13 kepada pelarian Filipina yang datang berlindung di Sabah akibat pergolakan sekitar awal 1970-an.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak 2022 dan melibatkan nilai rasuah kira-kira RM20,000,” kata sumber. 

Advertisement
Sementara itu Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut. 

Beliau berkata tangkapan dua suspek itu adalah susulan kepada penangkapan dua beranak pada Jumaat lalu. 

Advertisement
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here