PENAMPANG: Sebanyak 84 persatuan etnik mewakili masyarakat Orang Asal/ Anak Negeri Sabah menghadiri Konvensyen Perdana Momogun dan menandatangani deklarasi rumpun Momogun.
Daripada jumlah itu, 75 persatuan etnik bersetuju dan menandatangani deklarasi supaya istilah ‘Momogun’ digunakan sebagai nama rumpun masyarakat Orang Asal / Anak Negeri Sabah daripada komuniti penutur Dusunic, Murutic dan Paitanic, menurut kenyataan media.
Penutupan konvensyen anjuran Momogun National Congress (MNC) disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, di Pusat Kebudayaan Sabah, di sini, kelmarin.
Ketika berucap pada majlis itu, Ewon berkata, deklarasi itu merupakan satu keputusan dasar yang sangat besar selepas konvensyen pertama pada awal tahun 1960-an bagi memilih nama bangsa Kadazan, Dusun atau Momogun pada ketika itu.