Kota Kinabalu: Sebanyak 36 projek bina baharu dan naik taraf premis Tamu Desa di seluruh Sabah sedang dalam proses pelaksanaan dan akan siap sepenuhnya pada bulan Oktober tahun ini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyatakan pelaksanaan fasa pertama projek tersebut melibatkan 16 pejabat daerah dan majlis perbandaran di Sabah.
Advertisement

“Di beberapa daerah, ada yang telah mencapai prestasi pelaksanaan sehingga 60 peratus daripada jadual sasaran pelaksanaan projek ini. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada kesemua Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran yang terlibat dan seterusnya memantau pelaksanaan supaya dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya menurut kenyataan media.