KL FA beri Sabah kekalahan kedua
Published on: Friday, August 02, 2024
By: GL Oh
DARREN hanya dimasukkan pada babak kedua.
Kota Kinabalu: Sabah FC mengalami kekalahan kedua dalam liga apabila tumpas 0-3 kepada Kuala Lumpur City FC di Stadium KL FA di Cheras pada Rabu.
Pasukan yang turun tanpa khidmat Saddil Ramdani dan dengan Darren Lok bermula di bangku simpanan, tidak mampu menimbulkan sebarang masalah kepada gawang tuan rumah.
ADVERTISEMENT
Lebih memburukkan keadaan, mereka dikurangkan kepada 10 orang selepas Rawilson Batuil dibuang padang kerana insiden memegang bola pada minit ke-44.
Walaupun penjaga gol Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat berjaya menghentikan sepakan penalti yang dihasilkan oleh Paulo Josue, namun tiada apa yang boleh dilakukannya untuk menafikan gol pertama pada minit berikutnya apabila Ko Kwang-min menanduk masuk gawang sendiri di bawah tekanan Brandan Gan.
Darren Lok dimasukkan pada separuh masa kedua untuk menggantikan Park Tae-su tetapi gagal mengubah nasib Sabah FC.
Sebaliknya, pasukan tuan rumah yang menjaringkan gol kedua menerusi Paulo dengan sepakan percuma pada minit ke-61 dan mereka melengkapkan kemenangan bergaya dengan jaringan Zhafri Yahya, tiga minit sebelum masa penuh.
ADVERTISEMENT Dengan kekalahan itu, Sabah FC jatuh ke tangga keenam dengan 10 mata daripada tiga kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.
Mereka seterusnya akan menentang pasukan tangga ke-10 Sri Pahang FC di tempat lawan pada 9 Ogos.
ADVERTISEMENT
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.