Thu, 12 Sep 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Pemilik infra telco perlu kemuka permit kepada pihak berkuasa tempatan
Published on: Saturday, August 03, 2024
By: Bernama
Text Size:

Pemilik infra telco perlu kemuka permit kepada pihak berkuasa tempatan
AWANG Ahmad menyerahkan replika cek kepada MPP.
PENAMPANG: Pemilik infrastruktur telekomunikasi perlu mengemukakan permohonan kelulusan permit pembinaan infrastruktur komunikasi baharu dan pembaharuan permit tahunan menerusi One Stop Agency (OSA) bagi mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengerusi Qhazanah Technology Sdn Bhd (QTSB) Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari berkata dalam kenyataan, OSA merupakan syarikat dilantik oleh kerajaan negeri untuk menyelaras permohonan berkaitan infrastruktur telekomunikasi.

“Syarikat pemilik infrastruktur telekomunikasi juga digalakkan menyertai program pemutihan bagi infrastruktur sedia ada yang masih belum berdaftar bagi mengelakkan infrastruktur telekomunikasi mereka dianggap struktur haram,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Awang Ahmad Sah menyerahkan replika cek berjumlah RM660,500 kepada Majlis Perbandaran Penampang (MPP) sebagai yuran permit tahunan struktur telekomunikasi bagi tempoh 2019 hingga 2022 di sini hari ini.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) QTSB Mikail S. Abdullah turut meminta pemilik infrastruktur komunikasi supaya menggunakan platform dalam talian yang telah dikuatkuasakan 15 Julai lepas.

Hal itu bagi memudahkan pengurusan dalam bentuk digital ke atas infrastruktur komunikasi di Sabah supaya dapat diurus tadbir dengan lebih baik dan teratur.

Dalam pada itu, Majlis Perbandaran Penampang berterima kasih kepada QTSB atas usaha mereka dan berharap kerjasama itu akan memberikan manfaat kepada semua pihak terlibat dalam pemantauan dan pengurusan infrastruktur telekomunikasi di negeri itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here