Fri, 23 May 2025
Headlines:
Sinarut A juara bola sepak Karnival Sukan Star Paginatan
Published on: Saturday, August 03, 2024
Published on: Sat, Aug 03, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Sinarut A juara bola sepak Karnival Sukan Star Paginatan
ABIDIN cuba melakukan bidikan dalam acara melastik.
RANAU: Pasukan Sinarut A muncul juara acara bola sepak sempena Karnival Sukan Tertutup Anjuran Wiramuda dan Wiranita Star Paginatan di Padang Kg. Kigiok, dekat sini.

Dalam acara itu, pasukan Star Paginatan mendapat tempat kedua manakala pasukan Matan menduduki tempat ketiga.

Advertisement
Dalam acara lain, pasukan Pavolt mengungguli bola tampar, dengan naib juara dan tempat ketiga masing-masing menjadi milik pasukan KVRC Barbara dan Silou A.

Karnival Sukan Tertutup sehari itu turut menampilkan acara katapel yang semakin popular di kalangan belia dan masyarakat di sini.

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
Majlis itu dirasmikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Adun Paginatan dan Naib Presiden Parti StarSabah, Datuk Abidin Madingkir.

Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah kepada sayap Wiramuda dan Wiranita Star Paginatan kerana berjaya menganjurkan satu lagi jelajah Karnival Sukan peringkat daerah di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan.

Advertisement
“Karnival Sukan Mukim Tanah Rata ini adalah yang kedua dianjurkan selepas Karnival Sukan Mukim Paginatan dan Paus yang diadakan bulan lalu.

“Dalam setiap acara, ia mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada golongan belia dan beliawanis dari kampung sekitar.

Advertisement
“Tahniah kepada Wiramuda dan Wiranita Star Paginatan kerana berjaya menganjurkan Karnival Sukan buat kali kedua,” katanya.

Menurut Abidin, melihat sambutan yang begitu menggalakkan kali ini menunjukkan penganjur telah mencapai matlamat mereka dan amat berjaya.

Tambahnya, penganjuran Karnival Sukan seperti ini sudah tentu dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara peserta dan pimpinan serta penduduk kampung.

“Penyertaan peserta dalam semua acara yang dipertandingkan menunjukkan golongan belia di sini sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

“Ia juga secara tidak langsung membolehkan peserta menunjukkan bakat dan kebolehan dalam acara yang dipertandingkan.

“Karnival sukan seperti ini juga dapat mencungkil bakat yang boleh diketengahkan di peringkat lebih tinggi.

“Acara seperti ini juga sedikit sebanyak mengurangkan, malah dapat mengelakkan golongan belia daripada terjerumus dalam kegiatan tidak diingini iaitu gejala sosial,” katanya.

Abidin turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kepimpinan Kg. Kigiok khususnya Ketua Kampung, Ahidi Kasaman dan Pengerusi JKKK kerana membenarkan Wiramuda dan Wiranita Star Paginatan menggunakan padang Kampung tersebut sebagai venue pertandingan bola sepak dan bola tampar.

Turut hadir Pegawai Khas kepada Datuk Abidin Madingkir, Juis Konsuling, CDO, Jipili Sigal, Ketua Wiranita Star, Siti Nurjana Abas, Ketua Wiramuda Star, Hillary Salmoen, Pengerusi Penganjur, Alfian Sahadi, Pemaju Mukim Tanah Rata, Lasius Golipoi, pemimpin tempatan dan Pemegang Adat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here