Tue, 15 Oct 2024
Headlines:
No Ads
Jambatan konkrit RM13.7j di Kadamaian dijangka siap Jan. 2026: Ewon
Published on: Saturday, August 03, 2024
Published on: Sat, Aug 03, 2024
Text Size:
Share this story
Jambatan konkrit RM13.7j di Kadamaian dijangka siap Jan. 2026: Ewon
Majlis pecah tanah permulaan pembinaan jambatan itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewo di Kadamaian pada 2 Ogos 2024. (Gambar: Pejabat Datuk Ewon Benedick)
KOTA BELUD: Lebih 1,000 penduduk kampung di tiga buah kampung Mukim Kaung, di sini, bakal menikmati kemudahan perhubungan jalan yang lebih baik apabila jambatan konkrit Sungai Kadamaian Kg.Kaung Ulu, Kadamaian, siap sepenuhnya Januari 2026.

Majlis pecah tanah permulaan pembinaan jambatan itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, di sini, pada Jumaat, menurut kenyataan media.

Advertisement
Jambatan bernilai RM13.7 juta daripada peruntukan kerajaan persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah tu akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Sabah.

Ewon berkata pembinaan jambatan konkrit dua lorong ini telah lama diidamkan oleh penduduk di Kg Kaung Ulu yang selama ini bergantung kepada "low-level crossing" dan sering menghadapi masalah menyeberangi Sungai Kadamaian setiap kali paras sungai naik terutamanya semasa musim hujan. 
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2024 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here