LAHAD DATU: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) melaksanakan pelbagai program dan inisiatif berteraskan rangka kerja Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi (DSTIN), termasuk Kembara Sains Borneo 2024 (KSB 2024).
Ini bagi memperkukuh dan memantap peranan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) sebagai asas dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Timbalan Menteri Mosti, Datuk Mohd Yusof Apdal berkata, Mosti juga serius dalam usaha merakyatkan Sains dalam kalangan masyarakat.
Katanya, antara usaha yang dilaksanakan termasuk membawakan pengalaman penerokaan dan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem) kepada masyarakat setempat, dengan tujuan meningkatkan minat, pemahaman dan kemahiran dalam bidang ini.
Advertisement