Mon, 28 Apr 2025
Headlines:
RM3j naik taraf Kampung Angkat Madani pertama Labuan
Published on: Saturday, August 03, 2024
Published on: Sat, Aug 03, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
RM3j naik taraf Kampung Angkat Madani pertama Labuan
“Projek yang diluluskan untuk Kampung Belukut termasuk menaik taraf balai raya dan gelanggang futsal serta pembinaan dewan terbuka, jalan raya konkrit, papan tanda untuk semua simpang dan kebun komuniti. - foto Bernama
LABUAN: Kampung Belukut, Kampung Angkat Madani pertama di Wilayah Persekutuan menerima peruntukan RM3 juta bagi menaik taraf kemudahan asas, sekali gus menjadikan kawasan itu setanding dengan kampung lain di Labuan melalui beberapa projek infrastruktur.

Ketua Kampung Belukut Asmadi Ahmad berkata pihaknya berterima kasih kepada Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan kerajaan kerana menjadikan lokasi itu sebagai Kampung Angkat Madani pada Mei lepas.

Advertisement
“Projek yang diluluskan untuk Kampung Belukut termasuk menaik taraf balai raya dan gelanggang futsal serta pembinaan dewan terbuka, jalan raya konkrit, papan tanda untuk semua simpang dan kebun komuniti.

“Penambahbaikan ini bertujuan menyediakan penduduk kampung dengan kemudahan dan menggalakkan penglibatan masyarakat. Inisiatif lain melibatkan pembangunan ekonomi digital dan sambungan Internet yang lebih baik ke kampung,” katanya.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail berkata inisiatif Kampung Angkat Madani mencerminkan komitmen lebih luas terhadap pembangunan luar bandar untuk mewujudkan masyarakat mampan di seluruh Malaysia.

“Kami menyedari terdapat kekurangan infrastruktur di kampung ini, dan kerajaan melakukan yang terbaik untuk menyediakan kemudahan asas dan projek pembangunan demi kepentingan penduduk kampung,” katanya.

Advertisement
Rithuan berkata dengan penambahbaikan ini, Kampung Belukut bersedia menjadi kampung contoh serta dapat menarik pelaburan di kawasan luar bandar.

“Pembangunan berterusan di Kampung Belukut menandakan satu pencapaian penting dalam sejarah kampung ini, menjanjikan masa depan lebih cerah kepada penduduknya dan menjadi contoh kepada kampung lain yang ingin melakukan perubahan sama,” katanya. 
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here