Fri, 28 Mar 2025
Headlines:
Parti Cinta Sabah edar 500 bendera Negeri Sabah
Published on: Saturday, August 03, 2024
Published on: Sat, Aug 03, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Parti Cinta Sabah edar 500 bendera Negeri Sabah
JOACHIM melekatkan bendera negeri di atas cermin kenderaan sambil diperhatikan oleh Abdul Rajak (kanan).
SANDAKAN: Sebanyak 500 bendera Negeri Sabah diedarkan oleh Parti Cinta Sabah (PSC) kepada pengguna jalan raya pada Jumaat petang. 

Menurut Naib Presiden PSC, Abdul Rajak Janit berkata, bendera diedarkan bagi menyemarakkan sambutan Hari Sabah yang disambut pada 31 Ogos ini. 

Advertisement
“Ini merupakan program pertama Parti Cinta Sabah sempena sambutan Hari Sabah bersama parti-parti komponen Gabungan Rakyat Sabah. 

“Pengedaran bendera ini merupakan inisiatif kita dalam menggalakkan penduduk Sandakan mengekspresikan semangat cintakan negeri.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
“Ini juga sebagai menyokong usaha Kerajaan Negeri yang telah mewartakan Hari Sabah,” katanya selepas mengedarkan bendera di Jalan Airport pada Jumaat. 

Pengedaran bendera tersebut turut diserikan dengan kehadiran, Timbalan Ketua Menteri Sabah II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam. 

Advertisement
Turut hadir, Ketua Bahagian PGRS Sungai Sibuga Datuk Amirshah Yaakub dan wakil-wakil dari komponen parti GRS yang lain. 

PCS turut mengedarkan bendera di beberapa sekolah dan pejabat kerajaan terpilih di sini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here