Kota Kinabalu: Seramai 28 pengamal media di negeri ini menyertai Kursus Tiktok Storytelling selama dua hari bermula 30 Julai dan 31 Julai lalu anjuran Malaysian Press Institute (MPI).
Kursus tersebut merupakan kerjasama dengan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Jabatan Penerangan Malaysia dan Persatuan Wartawan Sabah (SJA).
Antara pengisiannya ialah pengenalan Penulisan Prompt Al, penghasilan story board Al dan video Al, konten terbaik untuk tiktok, praktis live tiktok, rakaman video pendek dan rakaman video public service announcement (PSA), suntingan video menggunakan capcut, VN Editor dan aplikasi mengikut kemahiran peserta.
Advertisement