Sun, 15 Jun 2025
Headlines:
Anggota tentera didakwa rogol wanita dalam tandas
Published on: Saturday, August 03, 2024
Published on: Sat, Aug 03, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Anggota tentera didakwa rogol wanita dalam tandas
Pertuduhan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang anggota tentera berusia 30 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan merogol seorang wanita, dua bulan lalu.

Muhammad Farid Ishak mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Elsie Primus atas pertuduhan melakukan jenayah itu ke atas wanita berusia 26 tahun itu pada 31 Mei tahun ini, jam 1 pagi, di dalam tandas sebuah bar, di Kepayan Point, Penampang.

Advertisement
Pertuduhan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 5 Sept untuk pengurusan kes pra-perbicaraan.

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
Tertuduh yang diwakili peguam Adam D B Aludah ditawarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 deposit RM5,000 serta dua orang penjamin.

Mahkamah turut memerintahkan pasport tertuduh diimpaun oleh mahkamah.

Advertisement
Sementara itu, seorang penjaga stor didenda RM1,700 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret kerana memiliki peralatan judi.

Alvin Kibin, 32, mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles memiliki sekeping resit loteri haram pada 10 Julai tahun ini, jam 2.05 petang, di sebuah kedai kopi, pekan Putatan.

Advertisement
Pertuduhan di bawah Seksyen 9(1) Akta sama itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Muhammad Al-Hakim Abdul Razak memaklumkan mahkamah bahawa Alvin, yang ditahan dalam serbuan polis mengaku kepada polis terlibat dalam kegiatan perjudian.

Peguam dilantik Carmen Khoo, yang mewakili Alvin, memohon denda lebih rendah kerana dia menyesal dan perlu menjaga ibu bapanya yang sakit. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here