Pesara guru Sabah tubuh persatuan
Published on: Saturday, August 03, 2024
By: Marutin Ansiung
ASLIE (duduk kedua dari kanan) bergambar bersama pesara guru yang hadir dalam taklimat itu.
KENINGAU: Pesara guru dan pegawai pendidikan kini mempunyai platform baharu untuk bersatu melalui Persatuan Mantan Pendidik Sabah (PMPS).
Presidennya, Aslie Sahat berkata, persatuan itu didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan pada 7 Disember tahun lalu.
ADVERTISEMENT
“Sehubungan itu, kami mengadakan majlis tadbir urus dan taklimat buat kali pertama sebelum kami melebarkan sayap,” katanya selepas mempengerusikan majlis tersebut di Pexoholic Event Space, Bandar Baharu Keningau, Selasa.
Ia dihadiri oleh pesara-pesara guru dari Tambunan, Tenom, dan Keningau.
Dalam taklimatnya, Aslie berkata PMPS adalah persatuan pesara guru di Sabah.
Beliau merayu kepada semua pesara guru di negeri ini untuk menyokong dan menjadi ahli persatuan tersebut.
ADVERTISEMENT
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Katanya, persatuan itu akan menubuhkan jawatankuasa perhubungan di setiap daerah di negeri ini.
Turut hadir adalah Timbalan Presiden Alli Majittaba, Setiausaha Agung Md Yussof Mattaim, Bendahari Agung AK Jiar Pg Duraman, ahli Jawatankuasa Eksekutif Hussin Basir dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Daerah Keningau PMPS Yazid Mohd Hasnan Tawik @Charles.