Tue, 18 Feb 2025
Headlines:
Karnival Kita Madani di Membakut 8 – 10 Ogos
Published on: Saturday, August 03, 2024
Published on: Sat, Aug 03, 2024
Text Size:
Text:
Karnival Kita Madani di Membakut 8 – 10 Ogos
Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah, Jainisah Mohd Noor
Kota Kinabalu: Orang ramai dijemput untuk memeriahkan Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung di Membakut dari 8 hingga 10 Ogos nanti.

Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata orang ramai sekitar Membakut dan daerah sekitarnya dialu-alukan untuk memeriahkan program yang akan berlangsung di tiga venue, iaitu di Masjid Cahaya Iman Membakut, Dewan Kesenian Membakut serta di Dewan Terbuka Membakut.

Advertisement
“Program berkonsepkan karnival ini adalah wadah JaPen untuk memasarkan maklumat, dasar, inisiatif kerajaan dan mesej-mesej kenegaraan berteraskan konsep Malaysia Madani kepada komuniti setempat.

“Selain itu, ia juga salah satu pengisian Sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini,” ujarnya kepada media selepas slot temu bual segmen ‘Kita Cerita #Kitakongsi’ di Konti SABAHfm kendalian DJ Pyan dan Aziyan, pada Rabu.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
Menurut Jainisah, majlis perasmian akan disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Adun Membakut, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Penerangan pada 10 Ogos.

“Sebanyak 30 agensi akan terlibat dalam karnival yang akan menyajikan pelbagai perkhidmatan dan maklumat kepada pengunjung. 

Advertisement
“Antara pengisian adalah Senam Seni Aktif Madani dan pertandingan E-Sukan oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Jualan Agro Madani kelolaan Fama dan Bernas, serta Malam Simfoni Jiwa Merdeka dari artis-artis Pentarama JaPen Sabah.

“Turut diadakan adalah majlis kerohanian berbentuk majlis bacaan tahlil dan doa selamat sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah serta sesi taklimat bermaklumat daripada KWSP, Perkeso, SKMM selain jualan Bazar Madani yang menghimpunkan para peniaga sekitar daerah Membakut,” jelasnya.

Advertisement
Mengenai sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, Jainisah turut mengajak seluruh masyarakat mengibarkan Jalur Gemilang melalui inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG), yang disifatkannya amat bertepatan untuk menterjemah semangat patriotik bermula dari rumah.

Turut serta pada sesi tersebut ialah Pengarah Penyiaran Sabah Salmah Hashim, Pengurus SABAHfm Felix Lee Leng Pink serta Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keurusetiaan JaPen Sabah Siti Mariam Aziz.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here