Mon, 14 Jul 2025
Headlines:
Haiwan dibuang: SPCA, PBT perlu kerjasama – Joachim 
Published on: Sunday, August 04, 2024
Published on: Sun, Aug 04, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Haiwan dibuang: SPCA, PBT perlu kerjasama – Joachim 
Timbalan Ketua Menteri Sabah II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam
Kota Kinabalu: ersatuan Persatuan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA) perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menangani isu haiwan dibuang di Sandakan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam menggesa kedua-dua pihak untuk bekerjasama dalam mencari penyelesaian.

Advertisement
Setakat ini, terdapat 550 haiwan termasuk anjing dan kucing ditempatkan di tempat perlindungan SPCA Sandakan di Batu 9, di sini.

Semua haiwan itu ditemui dibuang dan mengalami kecederaan di sekitar daerah ini sebelum diselamatkan oleh pasukan SPCA.

SPONSORED CONTENT
Featuring over 100 booths it is one of the largest trade and culture showcases ever held in East Malaysia.
Sementara itu, Joachim juga merakamkan kesediaannya untuk membantu SPCA Sandakan melalui kementeriannya.

Joachim berkata demikian kepada Pengerusi SPCA Sandakan, Ku Chiau Pin dan Setiausaha SPCA Sandakan, Voo Min Gin semasa kunjungan hormat SPCA Sandakan ke pejabatnya, baru-baru ini.

Advertisement
Kunjungan itu disusun oleh Pengerusi Sabah Development Berhad merangkap Adun Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon yang memudahkan perbincangan berkaitan isu yang dialami SPCA Sandakan.

Semasa mesyuarat itu, wakil SPCA menekankan beberapa cabaran kritikal, termasuk penyelenggaraan tempat perlindungan, perbelanjaan makanan dan rawatan, serta keperluan mendesak untuk program mengembiri.

Advertisement
Mereka menekankan kesukaran dihadapi untuk membawa doktor haiwan sukarelawan disebabkan syarat kelulusan permit yang ketat.

Oleh itu, SPCA Sandakan menantikan kerjasama dengan kementeriaan untuk menambah baik kebajikan haiwan di daerah ini.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here